Kini 'Gencos Kadet' di Bandar di- Raja, Kuala Kangsar



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog 'Gencos Group'. Bersua kita lagi dengan paparan dan berita-berita terbaru, terkini dan sensasi untuk tatapan semua. Untuk makluman pengunjung setia kami, 'Gencos Group' akan membuka satu lagi cawangan terbaharu di Bandar di- Raja, Kuala Kangsar, Perak. Memandangkan atas permintaan majoriti ibubapa, guru-guru dan pelajar di sekitar daerah di sini yang meminta pihak kami membuka satu kedai khusus untuk menjual segala kelengkapan pakaian unit-unit beruniform seperti Pengakap, Kadet Polis, Kadet Bomba, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Puteri Islam, Kadet Pertahanan Awam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan lain-lain lagi. Dengan pembukaan cawangan kami yang diberi nama 'GENCOS KADET', diharapkan semua pengunjung blog sedia maklum dan memberi sokongan agar hasrat kami akan diizinkan Allah SWT. Berkemungkinan pada bulan akhir Ogos 2013, 'Gencos Kadet' akan beroperasi sepenuhnya dan sama-sama kita berdoa agar ia menjadi satu lagi mercu tanda di Bandar di-Raja, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Gencos pasti mendahuluinya, sekian terima kasih.

ACEO Gencos Group.